Why Your Nuffnang Earning Slow or Never Increase?
-->
|
Ini adalah topik yang agak kontroversi sedikit. Tetapi hey…saya bukan berada di Internet utk memuji semua orang dan setiap orang yang membuat perniagaan Internet mempunyai impian untuk memiliki empayar sendiri dan bagaimana untuk kita mendapatkannya adalah berbagai-bagai cara.
Jadi mari kita baca latar belakang tuan punya Nuffnang nie.
Nuffnang diasaskan oleh Ming and Timothy? Tidak!!
Pemegang saham nuffnang adalah “selebriti blogger” di Malaysia dan juga Singapore.
Idea ianya bermula dengan mengumpulkan keseluruhan jumlah traffic blog dan menjualnya kepada pengiklan.
Anda tidak percaya? Baca lebih lanjut di sini
Jadi, secara teorinya, Nuffnang menjadi pengurus kepada selebriti blogger dan mereka menjual ruangan iklan kepada pengiklan tempatan.
Bayangkan ada blogger yang ada 100-200 visits setiap hari, merungut pendapatan mereka sangat kecil. Serendah $3. Nuffnang juga hanya menunjukkan earning dlm masa seminggu. Bukan SETIAP HARI! Jadi, bagaimana nak lihat klik yang kita dapat setiap hari? dan brapa pendatapan harian kita? Nuffnang juga menyatakan yang Pendapatan Minggu tersebut tiada kaitan dengan Traffic pada minggu tersebut tetapi pada minggu sebelumnya.
Bagaimana ini terjadi?
Maksudnya ia telah membuat keputusan brapa banyak anda akan mendapat pendatapan tersebut. Bukankah ini satu penipuan? Kadang-kadang terdapat unik klik dalam 500 pon, pendapatan mingguan harian anda adalah beberapa ringgit sahaja.
Jika tidak percaya, cari aplikasi lain yang dapat memasukkan kod nuffnang anda, dan anda boleh ‘track performance’ iklan nuffnang anda.
Adakah anda perasan semasa anda hendak menambah blog pada Blog Manager di nuffnang, terdapat beberapa soalan? Antara nya, brapa ramai orang datang, umur, brapa byk komen, dan sebagainya. Ia adalah salah satu cara mereka membuat keputusan samada blog anda layak mendapat iklan/harga dan sebagainya.
Jika trafik di blog anda tinggi, nuffnang akan menghantar email kepada anda menyatakan mereka akan meletakan iklan yang exclusive dimana, iklan tersebut tidak akan keluar di blog-blog yang bertrafik rendah.
Jadi, untuk blog-blog yang bertrafik rendah, anda hanya di pergunakan oleh nuffnang untuk mengumpul keseluruhan trafik yang nuffnang anda dan mereka akan menunjukkannya kepada pengiklan yang mereka mempunyai trafik yang tinggi tetapi anda tidak akan mendapat apa-apa manfaat melainnya, banner nuffnang yang bersepah-sepah di blog dan pendapatan yang kecil sahaja.
Tidak percaya? Buka akaun nuffnang dan buat analisis sendiri!















Leave a Reply